Thursday, September 2, 2010

Saturday, August 28, 2010

3 KATA MALAIKAT JIBRIL YG DIAMINKAN OLEH RASULULLAH

assalamualaikum w.b.t,
Ketika Rasulullah s.a.w ingin menaiki ke mimbar untuk memberi khutbah..,tiba-tiba pada tangga pertama,Rasulullah bertemu dengan malaikat Jibril a.s.Dan malaikat Jibril berkata,"Wahai Rasul Allah,celakalah umatmu,apabila namamu disebut,akan tetapi mereka tidak berselawat ke atas mu!!".Lalu Rasulullah mengaminkan.
Kemudian Rasulullah s.a.w menaiki lagi,tiba-tiba pada tangga kedua,Rasulullah bertemu sekali lagi dengan malaikat Jibril a.s.Dan malaikat Jibril berkata,"Wahai Rasul Allah,celakalah umatmu,apabila habis sahaja Ramdhan,akan tetapi tidak ada sebarang perubahan!!".Lalu Rasulullah mengaminkan.
Kemudian,Rasulullah s.a.w menaiki lagi tangga,tiba-tiba pada tangga ketiga,Rasulullah bertemu dengan malaikat Jibril a.s.Dan malaikat Jibril berkata,"Wahai Rasul Allah,celakalah umatmu,apabila mereka ada ibu bapa,akan tetapi mereka langsung tidak hormat pada keduanya!!".Lalu Rasulullah mengaminkan.
Kemudian Rasulullah mahu pitam,dan berkata pada malaikat,"akan aku bertemu dengan mu sekali lagi?".Lalu malaikat Jibril berkata,"tidak...,dan ini lah kali terakhir....".

Kesimpulannya..,:
1)berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi kita.
2)berubahlah sesudahnya Ramdhan berlalu.
      - solat jemaah
      - tadarus Quran
      - bersedekah
3)Hormatilah ibu bapa kita.

semoga dgn info ini,kita dpt berubah ke arah mndpt keredhaan Allah....

Thursday, August 26, 2010

NUZUL QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)




Sumber : www.islam.gov.my

Monday, August 16, 2010

RAHSIA DI BALIK IBADAH PUASA

Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramdhan buat warga UTM,khususnya warga KKM'10.

Rahsia pertama : puasa merupakan penolong dan jalan untuk memperoleh rasa taqwa kepada Allah s.w.t, kerana itu Allah menutup akhir ayat mengenai puasa dengan, "agar kalian termasuk orang-orang yang bertaqwa."

Rahsia kedua : puasa itu dapat membuat orang ingat terhadap orang-orang yang kelaparan, iaitu orang-orang miskin yang mungkin tidak diketahui oleh orang-orang kaya.

Rahsia ketiga : puasa dapat meringankan seseorang untuk beribadah.Jika kenyang, jiwa biasanya cenderung untuk malas beribadah dan ingin tidur.


note : insayAllah dlm masa seminggu akan datang, ana akan membincangkan mengenai "MENIRU RASULULLAH SAW DALAM BERPUASA"